Saturday, August 13, 2011

Tip Bibir Menawan !

As Salam,
*hiasan dari google*

oke, ni pertama kali saya nak kasi tip.
bulan puasa ni, bibir selalu kering an ?
mari sini tengok tip nak atasi nye ^_^

TIP BIBIR MENAWAN ;)

Semua orang mengidam bibir yang mogel, licin & ke-merah merahan. Masakan tak, bibir yang comel beserta senyuman yang menawan mampu membuat korang rase gembira untuk berborak. Tapi bagaimana ya untuk memiliki & menjaga kecantikan bibir supaya tak kering dan pecah pecah ? Ikuti tip ini !

1. Banyakkan makan buah buahan dan sayur sayuran yang mengandungi vitamin B, C, E & mineral. Contohnya : tomato, betik, sayur sayuran hijau dan banyak lagi.

2. Amalkan meminum lapan gelas air putih sehari untuk mencegah dehigrasi yang menjadi punca bibir kering.


3. Jauhi gaya hidup merokok. Kalau korang nak tau bahan kimia yang terkandung di dalam rokok menyebabkan bibir korang menjadi hitam.

4. Elak minum minuman yang beralkohol kerana ia boleh menyebabkan kekeringan bibir.

5. Ketika menggunakan lipstik, pasti kan sesuai dengan kulit korang & pilih lipstik yang mengandungi emolien @ pelembap.

6. Guna lipbalm yang mengandungi pelindung matahari @ pelembap.

7. Sekiranya bibir korang kering, basahkan bibir dengan air putih. Jangan biasakan menjilat bibir dengan air liur kerana air liur mengandungi kelenjar @ enzim yang bole menyebabkan iritasi pada bibir,

8. Oleskan pelembap bibir sebelum tidur & amalkan juga menyapu sedikit madu.

9. Lakukan urutan pada bibir menggunakan minyak zaitun untuk membantu peredaran darah pada bibir.

Sumber : Majalah Klik ;)


4 Orang doakan kejayaan Tasya:

aiman fanboy k-pop said... [Reply to comment]

wauuu!!!info berguna....tapi,bibir aiman dah terlampau merah leww...hakhakhak......girl selalu tanya..."kau pakai lipbalm kew"......dia jealous sebenarnya..heeheehee....ape pon,sharing is caring right?

CIK PARO! said... [Reply to comment]

wah..
info yg menarik..

N A T A S Y A ツ said... [Reply to comment]

@aiman fanboy k-pop: bukan prompuan tu je jealous, saya pon jealous la -__-

untung la Aiman ~

N A T A S Y A ツ said... [Reply to comment]

@CIK PARO!: terima kasih Cik Paro ;)

skrang bulan Ramadan selalu bibir kering kan ? :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...